Wednesday, 24 April 2013

Bermulanya Journey Blog Persatuan Penduduk Kampung Tersusun Pongsu Seribu,,,

Assalamua'laikum WBT..

Dengan penuh rasa bersyukur pada Allah A'zzaWaJalla & selawat atas Junjungan besar Nabi Muhammad saw, Blog ini berjaya ditubuhkan pada hari Rabu, 24 April, 2013 bersamaan 13 Jamadil Akhir 1434. Tujuan Blog ini dibuat ialah sebagai memberi pengenalan kepada masyarakat umum tentang aktiviti-aktiviti ahli Qariah, gambar-gambar semasa dan sebagainya. Ia berlandaskan perancangan-perancangan yang diatur oleh ahli-ahli jawatankuasa Persatuan Penduduk Kampung Tersusun Pongsu Seribu (PPKTPS) melalui mesyuarat-mesyuarat dan perjumpaan yang dilakukan dari semasa ke semasa.

Juga, dipaparkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan di surau melalui Biro dakwah Persatuan Penduduk serta AJK Surau yang ditubuhkan bagi menyelaraskan program-program khas di surau seperti Kuliah-kuliah agama dan tajwid, Sambutan Maulidur Rasul, Qorban, dan lain-lain.

Diharapkan apa yang dipapaprkan di blog ini mendapat rahmat si sisi Allah serta menjadi satu rujukan yang berguna untuk semua, Insya Allah.

Google Map Kampung Tersusun..

 




No comments:

Post a Comment